Ultimate magazine theme for WordPress.

Tanda Harga Redmi Watch 2 Telah Didedahkan

Redmi Watch 2 akan dilancarkan bersama dengan Redmi Note 11.

0

Redmi bakal melancarkan debut siri Redmi Note 11 pada 28  Oktober nanti. Bersama-sama pelancaran tersebut, Redmi Watch 2 akan turut dirasmikan.

Walaubagaimanapun, jam tangan pintar Redmi Watch 2 ini dikatakan telah muncul di platform penjualan digital popular di China iaitu JD.com dengan tanda harga CNY 399 (~RM260). Dan ia dikatakn sedikit mahal berbanding Redmi Watch sebelumnya. Perlu diingatkan bahawa harga ini belum disahkan secara rasmi dan kita masih perlu tunggu sehingga acara pelancaran berlangsung bagi mengetahui tanda harga rasmi bagi Redmi Watch 2 ini.

Beberapa spesifikasi utama bagi Redmi Watch 2 ini juga telah mula dikongsi. Antaranya ialah Redmi Watch 2 disahkan menggunakan skrin AMOLED berwarna 1.6-inci dan akan hadir dengan pilihan warna baharu. Selain daripada skrin AMOLED yang lebih besar, Redmi Watch 2 dijangkakan membawa rakaman sukan pada peranti dan pemantauan kesihatan serta reka bentuk yang kalis air.

Teruskan bersama kami untuk mengetahui informasi teknologi marhaen dan terkini.

 

Sumber

 

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.