Ultimate magazine theme for WordPress.

Xiaomi Mi 11 Lite : Jualan Secara Rasmi Di Malaysia Bermula 6 April 2021

0

Bermula 6 April 2021, secara rasminya Xiaomi Mi 11 Lite boleh dimiliki dengan harga RM 1,199 di Malaysia. Anda boleh berkunjung ke semua pengedar sah Mi Stores di seluruh Malaysia bagi mendapatkan Mi 11 Lite ini. Peranti ini adalah versi 4G yang dibina dengan 8 GB RAM bersama 128 GB storan. Peranti ini juga boleh dimiliki dengan tiga warna berbeza yang ditawarkan iaitu Boba Black, Peach Pink dan Bubblegum Blue.

 

Dikatakan bahawa bagi 500 pembeli terawal akan menerima set ekosistem produk Xiaomi yang kesemuanya bernilai RM500 (sementara stok masih ada). Antara barangan dalam set ekosistem produk Xiaomi adalah Mi Iconic Hair Dryer (RRP: RM179), Mi True Wireless Earbud Basic 2 (RRP: RM89) dan Mi Watch Lite (RRP: RM249).

Secara ringkasnya spesifikasi bagi peranti ini :-

1. 6.55″ FULL HD+ AMOLED display with Gorilla Glass 5

2. Menggunakan cip pemprosesan SNAPDRAGON 732G
3. 64MP f/1.79 main camera, 8MP ultra wide angle serta 5MP telemacro camera.
4. Memiliki kapasiti bateri sebesar 4,250 mAh.

Xiaomi Mi 11 Lite ini juga mampu menyokong pengecasan pantas 33W menggunakan USB-C.

 

 

Anda boleh klik DISINI untuk melihat spesifikasi penuh Xiaomi Mi 11 Lite.

Apa pendapat anda? Boleh tinggalkan pendapat dan komen anda diruangan komen atau di FB Page rasmi IZAMI GADGET.

 

kredit : soyacincau

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.