Ultimate magazine theme for WordPress.

Xiaomi Mi 11 Ultra – Keluaran Terbaru Xiaomi Dengan Penambahbaikan yang Lebih Hebat!

0

Baru-baru ini telah dilancarkan secara global telefon pintar baharu oleh Xiaomi iaitu Mi 11 Pro. Namun, pada hari yang sama bagi pelancaran Xiaomi Mi 11 Pro iaitu 29 Mac 2021, satu lagi peranti telah dilancarkan dimana peranti ini adalah ” enchanced ” version bagi Mi 11 Pro yang telah ditambahbaik dengan lebih hebat dan lebih bagus iaitu Mi 11 Ultra. 

Secara ringkasnya, Mi 11 Ultra ini kebanyakkannya memiliki spesifikasi yang sama seperti Mi 11 Pro, namun perbezaan yang terdapat pada Mi 11 Ultra ini adalah sistem kamera yang telah dipertingkatkan dan juga storan yang lebih besar berbanding Mi 11 Pro.

Mi 11 Ultra ini memiliki storan maksimum sehingga 512 GB! Mi 11 Ultra ini dilengkapi dengan 4 jenis kamera iaitu 50 MP Samsung ISOCELL GN2 bagi kamera utama, dua 48 MP Sony IMX586 ultrawide angle dan kamera telephoto serta 20 MP selfie kamera. Resolusi maksimum bagi semua kamera utama apabila merakam adalah 8K 30P.

Mi 11 Ultra yang dilancarkan di China ini bertanda harga RMB 5999 (sekitar RM 3788) bagi versi 8GB RAM & 256 GB storan manakala RMB  6999 (sekitar RM4420) bagi versi 12GB RAM & 512 GB storan.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.