Ultimate magazine theme for WordPress.

#XiaomiProductLaunch : Pelancaran Produk Baharu 15 September 2021

0

Xiaomi kini bukan lagi satu jenama yang asing buat para pengguna barangan teknologi bahkan ada yang menjadikan Xiaomi jenama pertama pilihan di hati. Baru-baru ini kita sedia maklum bahawa Xiaomi telah pun melancarkan beberapa produk baharu bagi pasaran luar Malaysia mahupun dalam Malaysia seperti Mi Mix 4, Mi Pad 5, realme Book dan sebagainya.

Kali ini, tertiris di ciapan twitter milik rasmi Xiaomi bahawa pada 15 September 2021 ini bakal menjadi satu tarikh keramat di mana akan ada pelancaran produk baharu daripada Xiaomi. 

” We promise this will be an exciting moment for all of you! ”

” Save the date, dont miss out!”
#XiaomiProductLaunch

Setakat pada hari ini masih lagi tidak diketahui apakah produk baharu yang bakal dilancarkan Xiaomi pada tarikh keramat itu. Namun, ada beberapa majoriti spekulasi daripada para pengguna yang turut meninggalkan komen di ciapan tersebut.

Jom kita lihat!

(credit to all the users for comment)

Kebanyakkan mereka berteka-teki bahawa antara produk baharu yang bakal dilancarkan nanti adalah Mi 11T, Mi Pad 5 dan mungkin juga bersama Mi Mix 4. 

Jadi apa pandangan dan komen anda semua? Apakah produk baharu yang bakal dilancarkan? Boleh tinggalkan pandangan dan komen di ruangan komen ataupun di ruangan komen FB Page Izami Gadget.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.