Ultimate magazine theme for WordPress.

ZTE Axon 30 Ultra 5G : Dilancarkan Di Pasaran Malaysia Pada Tanda Harga RM3,599

0

Memetik daripada laman sesawang TechNaveZTE Malaysia hari ini telah mengumumkan secara rasmi bahawa ZTE Axon 30 Ultra 5G akan menembusi pasaran Malaysia dan tersedia bagi pembelian pada harga RM3,599 semasa tempoh 9.9 Shopee Special Sales dengan hadiah percuma bernilai RM499!

 

(kredit gambar : TechNave)

Secara ringkas bagi spesifikasi ZTE Axon 30 Ultra 5G ini adalah ia hadir dengan 12GB RAM bersama dengan 256GB storan dalaman. Selain itu, peranti ini juga dijanakuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 888 5G, menggunakan sistem operasi Android 11, MyOS 11, paparan skrin 6.67 inci dengan kadar segar semula 144Hz HDR10+. Bagi kamera hadapan pula 16MP dan kamera utama 64MP, 64MP wide, 64MP ultra wide, serta 8MP periscope telephoto.

 

Pra pesanan  boleh dilakukan sekarang sehingga 9.9 nanti untuk mendapatkan hadiah percuma yang ditawarkan seperti powerbank, headphone set, mini wecam, RM50 voucher KFC dan 18 bulan warranty. Namun lebih berminat untuk memilikinya pada harga yang lebih rendah, anda boleh menunggu tarikh 25 Ogos 2021 nanti dimana peranti ini boleh dimiliki pada tanda harga hanya RM3,299 sahaja! 

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.