Ultimate magazine theme for WordPress.

Dell Inspiron 16 Plus : Kini Rasmi Di Malaysia

0

Dell secara rasminya telah melancarkan komputer riba mereka yang baru iaitu Inspiron 16 Plus. Dell Inspiron 16 Plus ini boleh didapati di Dell Official Onlien Store  pada tanda harga RM5,599 dan RM6,199. Komputer riba ini mempunyai dua varian yang boleh dipilih iaitu dari segi cip pemprosesan Intel® Core™ i5 11th Gen dan juga Intel® Core™ i7 11th Gen. 

 

Berikut adalah spesifikasi ringkas bagi kedua-dua varian :-

 

Dell Inspiron 16 Plus Intel® Core™ i5-11400H (12MB Cache, up to 4.5 GHz, 6 cores) 

16GB DDR4 3200 MHz

512GB M.2 PCIe NVMe Solid State Drive (SSD) 

NVIDIA® GeForce RTX™3050 4GB GDDR6

16.0 inch 16:10 3K (3072 x 1920) IPS AG Non-Touch, 300nits, 100% sRGB.

Dell Inspiron 16 Plus Intel® Core™ i5-11800H (24MB Cache, up to 4.6 GHz, 8 cores)

16GB DDR4 3200 MHz

512GB M.2 PCIe NVMe Solid State Drive (SSD)

NVIDIA® GeForce RTX™3050 4GB GDDR6

16.0 inch 16:10 3K (3072 x 1920) IPS AG Non-Touch, 300nits, 100% sRGB.

 

Jadi apa yang dapat kita lihat perbezaan bagi kedua varian ini hanyalah kepada cip pemprosesan sahaja yang menjadikan daripada RM5,599 kepada RM6,199. Selain itu, bagi pilihan warna pula yang ditawarkan oleh Dell kepada para pengguna adalah hanya warna Mist Blue. 

 

 

Dell juga turut menawarkan waranti 2 tahun premium support dan juga onsite service. 

Jadi apa pandangan anda tentang keluaran Dell kali ini?

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

Lihat spesifikasi penuh Dell Inspiron 16 Plus DISINI.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.