Ultimate magazine theme for WordPress.

realme GT Master Edition Bakal Dirasmikan di Malaysia Pada 1 September 2021.

0

Hari ini, realme Malaysia baru sahaja mendedahkan bahawa realme GT Master Edition akan dilancarkan secara rasmi pada 1 September 2021. Anda boleh menonton acara pelancaran tersebut secara live streaming di laman Facebook rasmi realme Malaysia pada jam 12.00 PM. Menurut teaser di YouTube, GT Master Edition akan tersedia di Malaysia mulai 9 September dengan harga RM1,399 melalui realme’s official store di Lazada. 

 

realme Malaysia juga turut mendedahkan tiga duta baru bagi produk realme Malaysia iaitu Joe Flizzow, Hullera dan juga Bunga.

 

 

Spesifikasi ringkas bagi realme GT Master Edition, dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 778G, teaser YouTube juga turut mendedahkan bahawa varian Malaysia akan hadir dengan binaan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman. Dari segi fotografi pula, peranti ini dilengkapi dengan modul kamera tiga kali ganda 64MP yang merangkumi kamera ultra lebar 8MP dan juga kamera makro 2MP.

 

 

Selain itu, bagi kamera selfie yang terletak di bahagian kiri atas skrin hadir dengan 32MP. realme GT Master Edition turut menawarkan bateri berkapasiti sebesar 4300mAh. Peranti ini juga menyokong pengecasan pantas 66W dengan teknologi SuperDart dan boleh dicas sepenuhnya dalam tempoh hanya 33 minits sahaja.

Jadi pastikan anda tidak terlepas peluang untuk bersama-sama menyertai kemunculan realme GT Master Edition di Malaysia.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.