Ultimate magazine theme for WordPress.

Penjejak Kesihatan Garmin Vivosmart 5 Kini Hadir Di Malaysia

0

Salam Joget Si Pinang Muda, sebuah peranti penjejak kesihatan baru sahaja rasmi di Malaysia, min maksudkan adalah Garmin VivoSmart 5 yang mana kini ia sudah boleh dibeli menerusi AECO e-store, Shopee, Lazada dan pengedar-pengedar sah Garmin di seluruh Malaysia bermula hari ini. Sebuah jam tangan yang mampu menjejak kesihatan ini ditawarkan di Malaysia dengan tanda harga RM730 dengan beberapa pilihan warna.

Garmin VivoSmart 5 ini adalah sebuah penjejak kesihatan yang hadir dengan skrin OLED dan saiznya 66% lebih besar berbanding model terdahulu. Tubuhnya pula dihadirkan dengan bahan berasaskan silikon lembut. Malah ia turut dilengkapi dengan beberapa fungsi yang menarik seperti menjejak nadi, merekod kualiti tidur, tahap oksigen dalam darah, menjejak tapak berjalan dan merekod tahap stress pengguna, malah amaran turut diberikan sekiranya degupan jantung terlalu tinggi atau rendah.

Selebihnya, peranti ini turut boleh dipakai ketika berjalan, berlari, beryoga, berbasikal dan juga ketika melakukan beberapa aktiviti luar. Baterinya pula ditawarkan dengan ketahanan penggunaan sehingga 7 hari. Malah, peranti ini turut dihadirkan dengan ciri menghantar mesej dan ia juga hadir dengan sokongan GPS. So penawaran yang diberikan berbaloi tak dengan duit yang bakal dilaburkan? Haha sampai berjumpa lagi geng. Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.