Ultimate magazine theme for WordPress.

Motorola G82 5G – Hadir Di Pasaran Malaysia Dengan Pra-Tempahan

0

Salam cinta, masihkah korang ingat pada sebuah telefon pintar yang dulu sangat terkenal iaitu brand Motorola. Kini, model Motorola G82 5G sudah boleh di pra-tempah di Malaysia.

Sebuah peranti yang masih mengekalkan reka bentuk brand Motorola. Motorola G82 5G ini dihadirkan bersama cip pemprosesan Qualcomm SM6375 Snapdragon 695 5G yang secara dasarnya kita lihat bahawa motorola telah perkenalkan sebulah peranti dengan sokongan rangkaian 5G. Malah, kamera belakangnya peranti ini terdiri dengan tiga jenis kamera iaitu lebar (50MP), Ultra-Lebar (8MP) dan kamera Macro (2MP). pada kamera hadapan pula ia dihadirkan dengan kamera swapfoto 16MP.

Untuk skrin nya, peranti ini menggunakan skrin AMOLED FHD+ yang bersaiz 6.6-inci, tidak ketinggalan untuk kadar segar semulanya boleh mencecah sehingga 120Hz. Peranti ini hadir dengan sokongan kad MicroSD yang boleh mencecah sehingga 1TB. Tetapi, untuk storan dalamannya, peranti ini dihadirkan dengan 128GB bersama 6GB RAM. Sistem pengecasan peranti ini boleh mencapai sehingga 30W, korang rasa padan ke dengan bateri yang diberikan sebesar 5,000Mah?

Ohh yaa ! Motorola G82 5G ini menggunakan sistem operasi Android 12 yee. Malah sistem pengimbasan cap jari turut dihadirkan dan terletak pada bahagian sisi peranti. Kepada yang ingin memilikinya, pastikan korang tahu bahawa peranti ini hanya ditawarkan dengan 1 varian warna sahaja iaitu Meteorite Grey. Jadi, peranti ini boleh di pra-tempah bermula 15 Jun 2022 pada harga RM1,199. Boleh dapatkan di Shopee dan Lazada. Sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

 

 

 

Sumber Gambar:

https://www.91mobiles.com/hub/motorola-moto-g82-india-launch-date-specifications-availability-confirmed/

https://www.gizmochina.com/2022/06/14/moto-g82-5g-sale-in-india-begins-today-at-12-pm-price-specifications-offers/

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.