Ultimate magazine theme for WordPress.

realme : 50W MagDart Wireless Charger, 15W MagDart Charger, Two-Way MagDart Power Bank, MagDart Wallet, MagDart Beauty Light, MagDart Case For realme GT

0

Hari ini realme telah melancarkan siri MagDart yang gempak dan hebat! Antara produk siri MagDart yang dilancarkan adalah 50W MagDart Wireless Charger, 15W MagDart Wireless Charger, Two-Way MagDart Power Bank, MagDart Wallet, MagDart Beauty Light dan MagDart Case for realme GT.

50W MagDart Wireless Charger 
Diinspirasikan daripada Apple MagSafe, 50W MagDart Wireless Charger ini juga mempunyai fungsi yang sama iaitu menggunakan teknologi magnet untuk melakukan pengecasan telefon pintar. Merujuk kepada deskripsi realme, dikatakan 50W MagDart Wireless Charger ini mampu memberikan pengecasan pantas di mana 0% sehingga 20% hanya memakan masa 5 minit sahaja dan 54 minit untuk selesai pengecasan sepenuhnya!

15W MagDart Wireless Charger
Bagi sesiapa yang menginginkan pengecasan pantas dan senyap, 15W MagDart Wireless Charger adalah pilihan anda! Pengecasan ini walaupun bersaiz kecil ia tetap mampu memberikan pengecasan pantas kepada peranti.

Two-Way MagDart Power Bank
Pada zaman era teknologi ini, kita semua sedia maklum bahawa penggunaan power bank ini sangat penting. Ia dapat memastikan peranti anda boleh dicas kembali apabila sudah kekurangan bateri mahu pun bateri telah mati. Two-Way MagDart Power Bank yang dipersembahkan oleh realme ini mampu melakukan pengecasan dalam dua keadaan iaitu on-the-go Power Supply dan Standing Wireless Charging.

MagDart Wallet
MagDart Wallet
ini juga turut dilancarkan realme yang diperbuat daripada hard-wearing white vegan leather. MagDart Wallet ini mampu menyimpan maksimum sebanyak 3 kad dan juga boleh ditukarkan menjadi kickstand.

MagDart Beauty Light
Rekaan MagDart Beauty Light ini adalah bertujuan untuk menambahbaikkan lagi pencahayaan bagi penggambaran dalam bentuk potrait. Namun, ia juga boleh dipindahkan ke kamera hadapan bagi proses penangkapan gambar selfie!

MagDart Case for realme GT
Sarung telefon ini dikhaskan untuk keluaran realme GT di mana seperti yang anda semua ketahui, realme GT hanya boleh menggunakan pengecasan berwayar. Namun dengan adanya MagDart Case for realme GT ini, ia mampu menyokong realme GT untuk menggunakan MagDart wireless charging.

Lihat produk di laman rasmi realme.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.