Ultimate magazine theme for WordPress.

Vivo S10e Kini Rasmi Dijana Cip Dimensity 900 dan Skrin AMOLED 6.4-inci

0

Terkini, Vivo telah melancarkan peranti kelas pertengahan iaitu Vivo S10e di China. Peranti ini dilengkapi dengan paparan skrin AMOLED 6.4-inci dengan resolusi FHD+.

Vivo S10e itu juga turut dilengkapi dengan takuk titisan air untuk kamera swafoto 32MP. Bahagian belakang menempatkan kamera utama 64MP di sebelah kamera ultra-lebar 8MP dan kamera kedalaman 2MP.

Peranti ini ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu White Gradient, Haze Blue dan Glaze Black.

Vivo S10e ini dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 900 serta dilengkapi dengan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB. Selain daripada itu, peranti ini juga mempunyai bateri berkapasiti 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 44W.

Apa yang menjadikan peranti ini lebih menarik apabila ia tidak menggunakan sistem operasi Android 11 tetapi ia akan menggunakan sistem operasi mereka sendiri iaitu Vivo OriginOS.

Vivo S10e ini akan dijual pada harga CNY 2,399 (sekitar RM1556) bagi 8GB RAM dan 128GB storan dalaman manakala CNY 2,599 (sekitar RM1686) bagi 8GB RAM dan 256GB storan dalaman. 

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

(sumber)

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.